Posts

Showing posts from 2011

Cerpen : Air Yang Dicincang Takkan Putus

Image
   Fariz dan Faiz merupakan sepasang kembar yang begitu akrab. Ibarat isi dan kuku. Tidak boleh dipisahkan.Ibu dan ayah mereka begitu menyayangi mereka berdua. Mereka ditatang dengan penuh bagai minyak yang penuh. Almaklumlah mereka hanya berdua, tiada lagi adik beradik lain selain mereka. Di antara Fariz dan Faiz, yang lebih menyerlah dalam pelajaran ialah si abang iaitu Fariz. Walaupun begitu, Fariz sering membantu adiknya Fai dalam pelajaran. Boleh dikatakan yang Fariz ni tak kedekut ilmu langsung dengan adik dia. Apa yang dia dapat dia kongsi dengan adik dia.     Sedar tak sedar tak lama mereka berdua akan menghadapi ujian Penilaian Menegah Rendah ( PMR ). Si Fariz ni sibuk mengulangkaji pelajaran siang malam. Sebaliknya pula dengan si Faiz. Empat bulan kemudian, keputusan PMR pun dikeluarkan. Seperti yang disangkakan, Fariz mendapat keputusan yang cemerlang sekaligus merupakan antara pelajar cemerlang di sekolahnya. Faiz? Usah ditanya. Keputusan berganda-ganda lebih teruk dar