Posts

Showing posts from July, 2013

New Life in Kolej MARA Kulim

Assalamualaikum.. Lama aih tak menulis kat alam maya ni. Berhabuk dah blog ni. Malam ni baru ada peluang nak update blog yang maha ringkas ni. Bukan apa, lepas habis SPM dulu, aku duduk rumah jer. Mak ayah tak bagi kerja. * aku pun malas nak kerja sebenarnya*  . Tambah-tambah pulak kat rumah aku dah takde internet. Streamyx dah kena potong oleh ayah tersayang dengan jayanya.  Hari ni 21 Ramadhan dan bermakna dah 2 bulan lebih aku menjalani kehidupan yang berliku lagi berlencong-lencong di bumi Kedah Darul Aman ni. Aku budak sem 1 Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (MKPM) Kolej Mara Kulim.  Meh sini nak citer sikit pasal Kolej MARA Kulim ni... KMKm ni terletak di Jalan Junjong, Kulim. Berhadapan dengan Masjid Air Merah dan berhampiran juga dengan IPD Kulim. Berdekatan dengan Tesco Kulim, Kulim Landmark, Giant, The Store, Panggung wayang, senang citer dekat dengan semua fasiliti yang diperlukanlah.. Ada 4 jenis program yang dijalankan di KMKm ni termasuklah progr