Posts

Showing posts from March, 2014

TERHARU SANGAT

Image
Terharuuu... Bila kuliah biologi aku selalu tido. takpun pakai earphone. bila tutor biologi aku selalu tak siap tutorial. jangan penyelesaiannya of course la tiru kawan punye. tapi dia tak pernah marah. dia tak pernah tinggikan suara. dia senyum je. dia cakap lembut je.  Suatu hari, dia cakap nak buat projek dengan kami. bila kami tanya projek apa, dia cakap adelaa.  rupanya dia nak ajak kami ke rumahnya. bila ditanya ada majlis apa dia cakap adelaa. Suatu petang di hari Jumaat, dia datang jemput kami. tiga kali dia ulang alik ke kolej untuk angkut kami. bila sampai di rumahnya tengok takde orang pon. yang ada hanya lah isterinya, ibu dan bapa mertuanya, dan anak-anak lelakinya dua orang. sorang baby umur 2 bulan sorang lagi umur 4 tahun.  Tak lama pastu datang la pulak adik iparnya bersama seorang gadis. cantik!.  Rupa-rupanya dia nak buat bbq. khas untuk kami, mentee nya. hari tu dari petang sampai la malam kami duk bersuka ria kat rumahnya. Isterinya pun baik.