Bestnya study kat UMT

Hi peeps!

"Best tak study kat UMT ?"

My answer would be "Best giler weh!. Banyak benda yang kau takkan dapat kat Uni lain selain UMT."

Hermm.. Kali ni nak promote UMT sikit supaya terkenal di mata dunia !

okay. 

Benda first yang paling menarik tentang UMT adalah pantai. UMT adalah kampus pesisir pantai. Pantai paling dekat for sure lah Pantai UMT. Pantai Tok Jembal pon dekat jugak. Mostly student UMT ramai yang lepak kat Pantai Tok Jembal. Agak cantik la sebab ada Bidong view. hahaha. 

Ini Pantai Tok Jembal. Pulau Bidong tak kelihatan sebab jerebu kot. hahaha



Benda second yang paling best kat UMT adalah setiap hari kau nak g kuliah kau wajib lalu Jalan Biawak dimana kalo kau dari arah asrama nak ke kelas di belah kiri kau ada paya bakau. Belah kanan pulak ada parit besar dan for sure PANTAIII! Bayangkan setiap pagi hari-hari kau ditemani dengan bunyian ombak yang mampu menggetarkan jiwa... Dan secara tak langsung kau tak perlu susah-susah pergi jogging untuk buang kalori ape sume sebabnya jarak dari asrama nak ke kawasan kuliah adalah lebih kurang dua kilometer ! bayangkan setiap hari kau berjalan kaki empat kilometer.. ermmm.. sihat tubuh badan. Mahasiswa sihat !HAHAHA. Actually ade je van kuning berbayar sebanyak 40 sen yang boleh angkut korang nak g kuliah tapi bagi aku macam membazir je walau 40 sen. Selama lebih kurang dua bulan aku kat sini tak pernah lagi aku naik van kuning g kuliah. Jalan Biawak tetap menjadi pilihan hati.. 

Gambar ni tak jelas sangat. almaklumlah fon aku ni cukup-cukup makan
untuk online twitter whatsapp fb jer. 
kalo guna Iphone 6 plus konfem korang nampak bayang pantai!

Inilah rupanya Jalan Biawak yang hanya ada kat UMT. 



Kalo ada rezeki memang akan sentiasa la jumpa dengan makhluk terhensem di UMT ni

Sebab ketiga... Ermm Mungkin Dewan Sultan Mizan aka DSM yang indah.. 

DSM nan indah. Kerusi pon empuk. Kat tingkat atas ni tak rasa sangat aircond  tapi student suka duduk kat bahagian atas. aku pun taktau nape. Mungkin kurang privacy. boleh berwhatsapp senantiasa.

Bebudak KMKULIM di UMT. 

Sekiann.. Sekarang izinkan aku untuk melalut dengan beberapa gambar yang berkaitan..


Ni time makmal Pemprosesan Produk Akuatik. Tu depa tengah busy buat keropok lekor. Lab kami malam. Pukul 8 sampai 11. havoc!

dua orang tudung merah tu aku punya classmates dari Form 2 sampai Form 5. Berpisah seketika sbb aku masuk matrik. Jumpa balik di UMT. Mereka Diploma Fisheries.  

Ini Kompleks Kuliah Pusat. Aircond sejukk.. Best!

Tu pulak Kompleks Makmal Pusat. Makmal ada aircond. 

Ni pulak Makmal Sains Perikanan kat bangunan PPSPA. itu group lab aku. Pun ada aircond sejuk jugak. kena pakai lab coat seharian pun tak kesah sbb sejukk. 

Ini kat foyer Kompleks Kuliah Berpusat. Kat depan tu bangunan Kompleks Kuliah lama. 

Comel tak ikan aku? cer teka ini ikan apa??

Cer teka ini ikan apa??

Dissecting set. khas untuk bedah ikan sahaja. well, aku kan budak ikan

SMSG Fisheries

Ini SATA. hasil lab minggu ketiga.. minggu pertama kami buat PEKASAM tp lupa snap pic. 
Minggu kedua kami buat KEROPOK LEKOR. pun takde pic jugak.

Sekian lalutan untuk kali ni. have a nice day peeps! Doakan aku mudah jawab TESTS!






Comments

  1. hope you don't mind if I used one of your photos of Jalan Biawak for documentary purpose for an online maps service - HERE MAPS. Thanks!

    ReplyDelete
  2. rindunyaaaaa UMT.. Jalan biawak. pun rinduuu. dulu masa belajar kt UMT tkde pagar lg jalan biawak tu.. batch 2008/2011

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

UMT | DIPLOMA IN FISHERIES | SEMUA TENTANG PERIKANAN

Buku Baru dan Cabaran Baru