UMT | DIPLOMA IN FISHERIES | SEMUA TENTANG PERIKANAN

Assalamualaikum
Hello peeps!

Minggu ni entry berkisarkan tentang bidang perikanan aje kan. Eh dah aku student perikanan for sure la nak cerita pasal perikanan ajee. Kau apa tauu? Kau pandang sebelah mata je perikanan ni kan.

Meh sini nak cerita sikit. Kat Malaysia ni berapa universiti sangat la yang offer course ni. UMT memang pasti la. UPM tak pasti tapi kalau UMS ada offer akuakultur aje tak silap. Selain daripada Bachelor Applied Science in Fisheries, UMT jugak tawarkan Master in Science Tropica Fisheries dan jugak Diploma in Fisheries. Yang Master tu takyah cerita laa aku pun belum tentu boleh further sampai peringkat sarjana. 



Ni nak cerita sikit pasal Diploma in Fisheries memandangkan esok keputusan SPM 2014 diumumkan kan?? Jadi tentu la korang ni rajin duk google cari jurusan yang sesuai dengan minat dan kemampuan.


as you can see, FISHA UMT has produced many expertise especially in fisheries

keunikan, syarat kemasukan, silibus setiap sem

people do eat fish so FISH FOR ALL

yang kat tengah-tengah tu Dr Tun Nurul Aimi

siapa kata ????

luaskan tanggapan anda !

do read the 'fakta"
Hurmm.. Actually bukan nak cerita sangat pun tapi lebih kepada persembahan gambar. Korang pun bukan suka sangat membaca kan? kan?? kannn???

Dulu diploma perikanan UMT ni jangkamasa dia tiga tahun tapi start dengan batch 2014/2015 jangkamasa program dipendekkan kepada dua tahun. 

Paling menarik paling best tentang jurusan perikanan adalah no more calculus!! kita budak perikanan tak kira la diploma ke ijazah ke just belajar Statistik je. Kalau diploma nama subjek statistik dia "Statistik Gunaan Perikanan", kalau untuk student degree pulak "Biostatistik Perikanan".
Jadi kepada sesiapa yang tak suka matematik yang benci kira cosine tangent sinus cosec tu sume ayuhla mohon perikanan UMT tak kira la diploma ke ijazah ke. 

Untuk kesekian kalinya, aku student degree perikanan tahun satu semester dua. Perikanan best. 
Lupakan kata-kata orang yang memandang enteng terhadap bidang ni. Diorang tak diberi dan tak mendapat peluang dan kesempatan untuk mendalami ilmu perikanan sebab tu diorang provokasi supaya korang pun jangan masuk bidang perikanan. 

Kalau ada yang menaruh cita-cita setinggi everest nak jadi doktor, perikanan pun boleh men-doktor-kan korang. Maksud aku belajar sampai Phd laaaaa... Bak kata Dr Rauhan pagi tadi, perikanan ni luas bidang dia. lepas dapat ijazah pertama perikanan, korang boleh sambung dalam apa jua bidang sains tak kira la sains marin ke sains samudera ke sains tanaman ke sains makanan ke sains biologi ke sains kimia ke sains fizik ke.. 


Letih dah nak menaip. 
sekian.




Comments

  1. Assalammualaikum wbt... Maaf, tumpang tanya, betul ke tempoh pengajian diploma perikanan utk pelajar lepasan SPM 2014 adalah selama 2 tahun sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Yup. Tempoh pengajian hanya dua tahun dan silibus juga sedikit berbeza dengan batch sebelumnya. silibus boleh tengok pada gambar keempat dalam entry ni. berminat nak ambik perikanan ke?

      Delete
    2. Wasalam. Yup. Tempoh pengajian hanya dua tahun dan silibus juga sedikit berbeza dengan batch sebelumnya. silibus boleh tengok pada gambar keempat dalam entry ni. berminat nak ambik perikanan ke?

      Delete
    3. Alhamdulillah, hati sy mmg sgt trtarik dgn kos ni bila sy baca blog akak ni. InsyaAllah, 3 Jun ni, sy akan lapor diri kat UMT ^_^ Tp kan akak, apa yg mghairankan sy skrg ni, dlm surat tawaran sy ada tulis, tempoh pengajian sy adalah selama 3 tahun. X sama dgn akak pun. Kenapa ye? Mohon pencerahan mengenai perkara ini.

      Delete
    4. pasal tempoh pengajian tiga tahun tu maybe start batch awak dia rombak balik sebab awal bulan empat haritu UMT dapat Naib Canselor baru. tapi kalo tak silap akak batch 2014/2015 memang tempoh mereka dua tahun. hurmmm mungkin ada perubahan baru la tu. Bersyukur la dapat tiga tahun sebab dua tahun tu memang la singkat tempoh dia tapi jadual uols konfem padat. Akak pun tiga tahun jugak. akak bukan diploma tapi degree. silibus kita mungkin ada sama dan mungkin ada beza. kalo sama pun maybe degree lebih kompleks.

      Delete
    5. nak iklan sikit, lecturer kat PPSPA (pusat pengajian sains perikanan dan akuakultur sume best! dan baik dan hensem, dan comel dan cantik. hahaha

      Delete
  2. Akak ada Facebook x? Senang sikit sy nak pm akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://www.facebook.com/IpahHiyyuzz ini facebook akak.

      Delete
  3. Oh, gitu... hahaha... :D syukran jazilan, kak iffah. nanti sy add akak kat fb ye :)

    ReplyDelete
  4. kippidap junior... xnyesal pon amik kos ni.. bnyk lagi cabang bole p.. huhu.. jumpa kami ex dip 2012/13 bulan 9 2015 nnti.. shy2 ade gamba kitorang kat atas tu.. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, thanks.. in sha Allah.. nanti boleh share pgalaman dan tips2 utk brjaya :)

      Delete
  5. Kalau form 6 sastera nak apply course ni blh x????

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau form 6 sastera saya tak pasti. untuk lebih kepastian awak boleh check syarat kelayakan kat website www.umt.edu.my atau terus ke website www.fisha.umt.edu.my

      Delete
  6. saya berminat tentang penternakan ikan. tapi tak tahu nak mulakan dari mana? boleh awak bagi pendapat?

    ReplyDelete
  7. Saya berminat untuk diploma perikanan ni...klau bukan budak sains boleh apply ke?

    ReplyDelete
  8. Awk ada ambil subjek Sains kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya boleh sbb ada rakan seperjuangan akk sekarang ni (Diploma Perikanan) yg bkn aliran sains tulen. Tapi akk x sure kot2 akn ada transformasi yg akn dilaksanakan. Apapun, awk boleh try apply. Nasihat akk, kalau awk betul2 nk masuk sini, even awk letak UMT sebagai pilihan ke-8 skalipun, InsyaAllah, awk akn dpt asalkan result awk memenuhi syarat dia (dpt gred C utk maths, science, n 2 lg subjek lain. Min. E utk subjek English). Wallahualam...

      Delete
  9. Ooo.....saya jdikan umt pilihan ke-2 saya..insyallah..jika allah izinkan..result saya jgak memenuhi syarat..😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Intan fatirah awk dapat x tawaran k umt??

      Delete
  10. Aminn.. saya doakan awak dapat kos ni..

    ReplyDelete
  11. Meh sini nak cerita sikit. Kat Malaysia ni berapa universiti sangat la yang offer course ni. UMT memang pasti la. UPM tak pasti tapi kalau UMS ada offer akuakultur aje tak silap. Selain daripada Bachelor Applied Science in Fisheries, UMT jugak tawarkan Master in Science Tropica Fisheries dan jugak Diploma in Fisheries. Yang Master tu takyah cerita laa aku pun belum tentu boleh further sampai peringkat sarjana. kata kerja imperatif Soko Guru Demokrasi Universal Substansi Hak dan Kewajiban Asasi Manusia Dalam Pancasila contoh majas pengertian kata kerja material Jelaskan kedudukan Pancasila sebagai ideologi terbuka Negara penghasil timah terbesar di dunia Pengertian Desentralisasi Circular Flow Diagram Umpan Ikan Mas


    ReplyDelete
  12. Nk tnya klau amik diploma perikanan ni nnti bleh x nk smbung bio marine? 🤔

    ReplyDelete
  13. Nk tnya klau amik diploma perikanan ni nnti bleh x nk smbung bio marine? 🤔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh asalkan memenuhi syarat2. Biasanya kalo ex dip umt, mohon pula course ijazah sarjana muda umt, insyaAllah tinggi peluang. Ada je kenalan saya ex dip perikanan umt lepastu sambung degree bio marin, math comp, sains samudera dekat umt.

      Mohon maaf sbb lambat reply, dah berkurun lamanya tak bukak blog, tak sangka masih ada yg baca

      Delete
  14. Nk tnya berapa peratus pelajar yg x ambil subjek bio,fizik bole masuk course nk..sebab saya xambik bio,fizikal..saya hanya ada sains sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tertnya jugk sbb saya x ambil bio dulu

      Delete
  15. Lepas amik diploma perikanan,degree kita boleh sambung apa?

    ReplyDelete
  16. Saya mendapat Diploma in Fisheries at UMT.. Baru dapat keputusan... Guide me. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sekarang student fisheries second year. boleh pm untuk tanya apa apa dekat telegram @sabwd

      Delete
  17. assalamualaikum saya berminat nak ambik kos ni...macam mana nak apply ye?

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum, nak tanya..ada ke tahu mana2 program pendek untuk perikanan ni, ataupun pembelajaran separuh masa untuk yang nak belajar sambil bekerja?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buku Baru dan Cabaran Baru

Bestnya study kat UMT