Field Trip : TEST MODEL PUKAT TUNDA KAMI JAHIT SENDIRI

Assalamualaikum
helo peeps!

Pada 23 haribulan Mei lepas kitorang pegi trip KELIMA!. Yeayy. ermm takyah yeay sangat laa. bukan jauh sangat pun kat Setiu Wetland tu je. Buat apa pegi sana? okay good question. 
Kitorang gi sana untuk menyempurnakan keperluan kursus SP3343 TEKNOLOGI ALATAN PERIKANAN atau dalam bahasa Inggeris we called it as TECHNOLOGY OF FISHING EQUIPMENT. 

Kalau korang nak tau, SP3343 adalah subjek wajib pada semester kedua. jika batch lepas diorang akan belajar subjek ni time diorang final year. tapi kes kami first year dah kena belajar benda alah ni taktau la kenapa. ada la tu sebabnya. 

Untuk pengetahuan korang jugak, untuk praktikal makmal untuk subjek ni kitorang kena jahit PUKAT tauu. Model Pukat Tunda. Subjek ni memang awal-awal aku sedikit lost. Lama kelamaan boleh adapt dah sikit. 

Sesi lab pertama pada bulan Februari haritu Encik Manaf ajar kami kira pa tah. Ohhhh Kira cemana nak kecilkan saiz pukat tunda sebenar kepada saiz model yang kami kena jahit tu. Nak kiranya senang jee tapi disebabkan kami baru pertama kali di-expose-kan kepada pukat-pukat bagai ni memang haru jugak la nak mengiranyaa. 

Pastu lab seterusnya kami diajar cara jahitan asas. Pastu Prof Sakri suruh pairing dan siapkan 
satu task. Melecet gak ah jemari ni. Aku ingat lagi aku ngan Nad punya first siap gi tunjuk kat Encik Manaf pastu Encik Manaf guntingkan jahitan kami dan kami kena jahit sendiri. Stress tau tak. second time buat terus pi tunjuk kat Prof and prof kata okay. so kami proceed jahitan seterusnya dan seterusnya dan siap. 

kami jahit yang kuning tu je. itupun dah stress. ni permulaan model pukat tunda kami

Ontheway nak nak nampak rupa pukat tunda dahh


Lab seterusnya kami dibahagikan kumpulan. satu kumpulan sepuluh atau sebelas orang. 


my group pukat ; 1st Team lead by 'papa' Halim

Dan pada sesi lab-lab seterusnya kerja kami masuk lab MTPT yang ber-aircond sejuk giler tu
adalah jahit je kepingan-kepingan kecil lama-lama jadi besar untuk mencantumkan mereka semua menjadi pukat tunda yang utuh.

Berbulan jugak makan masa nak siapkan benda alah ni. Seminggu tiga jam selama rasanya dua bulan lebih kami ambik masa siapkan benda ni. Minggu last tu hari selasa 19 haribulan tak silap dari pukul 10 sampai la pukul 5 petang kami bermastautin dalam lab tu semata-mata nak siapkan benda alah ni sebabnya hari khamis tu dah nak gi test dah.

Hari selasa tu syukur siap jugak jahit pelampung dan pemberat. 

dan hari khamis adalah hari yang ditunggu-tunggu selepas berbulan bertungkus lumus siapkannya.
maka group aku dan tiga group lain membawa haluan menaiki bas di pagi yang hening ke Setiu Wetland. lagi 7 group buat test pada hari Jumaat and Sabtu.

Actually kami punya pukat senget sikit tapi alhamdulillah la Encik Manaf puji kami punya. katanya walau senget tapi terbuka cantik dalam air. katanya lagi "Pukat membawa muafakat"

taknak cakap banyak. tengok je gambar.

kegigihan si dara pada hari last jahit pukat

paham? tak paham eh? ok senyap

group kami dah siap buat test tu

1st Team. 
tepi sekali tu encik lab. dia pun banyak tolong kami


diorang berempat kena turun air ambik bacaan pukat dalam air

yeay pukat kita dah siappp

menempel dengan group lain

Encik Manaf... Prof Sakri tak sempat nak bergambar sebab lepas kami siap test
pukat baru dia sampai setiu


One of the lab session. Captured by Najmi Ibarahim

Hasil kerja mereka

muafakat membawa berkat

fokus!

girls generation


jangan ingat kami bebudak tak reti jahit pukat








Comments

Popular posts from this blog

UMT | DIPLOMA IN FISHERIES | SEMUA TENTANG PERIKANAN

Buku Baru dan Cabaran Baru

Bestnya study kat UMT