Khidmat Sosial Perkampungan Orang Asli | SUNGAI SIPUT

Assalamualaikum and good morning peeps!

It's good to be back again, writing in this old blog. 

Entry kali ini juga adalah merupakan entry "throwback" kepada topik seperti tertera kat tajuk kat atas tu. 
Khidmat Sosial Perkampungan Orang Asli ini merupakan program anjuran Kelab Penyayang UMT, iaitu satu-satunya kelab kesukarelawan di UMT. Program ini telah dijalankan dengan jayanya pada bulan NOVEMBER yang lepas selama tiga hari dua malam (19hb-21hb)  bertempat di Perkampungn Orang Asli Kampung Pisang, Sungai Siput, Perak Darul Ridzuan. 

Program ini juga telah disertai oleh seramai 80 orang pelajar UMT termasuk Majlis Tertinggi, Majlis Exco dan Sekretariat Kelab Penyayang UMT. Untuk sampai ke Kampung Pisang,  ia tak semudah yang disangka sebab Kampung Pisang terletak jauh kedalam, harus mengharungi jalan yang sangat berliku, melalui ladang getah, naik turun bukit, jalan yang rosak,  jumpa ladang kepala sawit, turun naik bukit lagi, jumpa kampung, turun naik bukit lagi jumap sungai, jumpa sawit jumpa pokok getah then after hampir atau lebih setengah jam, baru sampai ke Kampung Pisang. 

Dan Kampung Pisang juga amatlah best untuk didiami. kenapa? sebab ianya jauh dari jalan perhubungan utama. Kampung ini juga dikelilingi oleh bukit bukau yang menghijau. Bilangan penduduk kampung ini adalah seramai lebih kurang 200 orang. 

sebaik sahaja tiba disana, aktiviti pertama kami selepas mendengar sedikit taklimat ringkas oleh Tok Batin dan Ustaz Wan adalah aktiviti mengunjungi rumah-rumah penduduk sambil memberi sedikit sumbangan. 

aktiviti-aktivti lain yang dijalankan bersama penduduk kampung adalah program gosok gigi, sukaneka, dan rewang pada hari terakhir, 


fisherians (yang pakai baju oren)

balai sewang

bagusnya...


kau ingat best naik benda ni? sekali muka kau kena tampar ngan daun pokok sawit baru padan muka


peserta bersama penduduk kampung

ayam buluh in the making, sedap gila





sedap bihun goreng air tangan ustaz


yang pegang tin cola tu Cik Pengarah Program




bergambar kenangan sebelum pulang ke UMT




sumpit menyumpit

crazy delicious ayam buluh


Comments

Popular posts from this blog

UMT | DIPLOMA IN FISHERIES | SEMUA TENTANG PERIKANAN

Buku Baru dan Cabaran Baru

Bestnya study kat UMT