Semester 3 | UBAH MINDSET ANDA!

Assalamualaikum peeps!

It's good to be back, writing in this old blog...

Walaupun harini dah masuk hari kedua untuk minggu kedua untuk semester 4, aku nak jugak cerita serba sikit tentang suka duka semester 3. 

Antara subjek untuk semester 3:

- Biostatistik Perikanan
- Teknik Eksploitasi Sumber Akuatik
- Kenegaraan Malaysia
- Academic Writing Skills
- Iktiologi
- Botani Akuatik
- Ekofisiologi Organisma Akuatik

*susunan subjek mengikut turutan gred paling bagus ke paling teruk*

pada pendapat peribadi aku, semester 3 adalah semester paling haru biru, paling letih, paling hectic, paling busy and paling segala paling... tiap-tiap hari berdoa supaya sem 3 cepat habis sbb tak tahan busy sgt  dgn assignment tak pernah putus,.. lab report setiap minggu... fuhhh...

Satu je aku nak ingatkan korang, korang kena betulkan mindset korang.. contohnya bila senior cakap sesuatu subjek tu susah susah giler nak mampos nak mati  mula lah korang nak menggelabah macam ikan tak cukup oksigen... relax... chillex... jangan gelabah dulu..

meh aku nak cerita, dulu kan ramai cakap ade satu subjek dalam semester 3 ni susahh giler, dan aku pun turut sama terpengaruh dgn susah giler tu sampai kan bila masuk kelas semua tak kena.. tak paham lecturer ajar laa ngantuk laa malass laa sampai satu tahap rasa nak ponteng *jujur memang aku penah ponteng*.. dan praktikal makmal pun akan rasa susah giler akan rasa beban bila banyak kerja kena buat, kena cari sampel pastu kena masuk makmal buat eksperimen pastu buat lab report and so on..padahal bila pikir balik, benda tu semua senang je..

nak tahu kenapa boleh jadi macam tu? sebab MINDSET yang TAK BETUL... belum apa-apa lagi dah kata susah dah takut fail la itu laa ini laa... sebabnya MINDSET aku time tu, SUBJEK SEKIAN-SEKIAN SUSAH SENIOR RAMAI FAIL...

Perkara pertama yang aku belajar dari semester 3 adalah UBAH MINDSET... walau ramai kata susah, apa kata kita ubah dan kita kata "InsyaAllah aku boleh buat!, Tanpa usaha macam mana nak paham, macam mana nak skor. Yeahh AKU BOLEH BUAT. SUBJEK NI SENANG JIKA KITA BERUSAHA DAN TAK MENGHARAP BULAN JATUH KE RIBA"..

Point yang aku nak tekankan kat sini sebenarnya satu je iaitu DONT TRUST YOUR SENIOR seperti mana Dr. Hii penah bagitau semasa semester 2 dulu "DONT TRUST YOUR LECTURER". 

nahh sikit gambar sebagai penutup semester 3...

kerja lapangan subjek Iktiologi selama 5 hari kat Pulau Bidong.. yang laki baju purple tu lecturer,
baju kelabu dan  oren tu staf PPSPA..

doakan persahabatan kami kekal sampai tamat belajar...

satu per tiga daripada masyarakat Sarjana Muda Sains Gunaan Perikanan (tahun dua)

Kampung Pisang

Piknik di Lagun Kuala Ibai sebelum final exam

Makmal Sins Perikanan, Pengenalpastian ikan hasil daripada sampling kat Pulau Bidong
Beratus-ratus ekor tauuu kena identify

Overtime-ing in MSP for fish identification. Dari pukul 2pm sampai 8pm plusplus duk dalam makmal
hidu bau ikan yg busukk 


yeahh! last day sem 3. 

Okaylahh dah nak pukul 4.57 pagi dah.. Aku ada kelas pukul 9 pagi nanti... okay lahh nak tidur sejenak sebelum subuhh.. kkkk gooooodnite!!

Ingat! ubah mindset!!



Comments

Popular posts from this blog

New Life in Kolej MARA Kulim

UMT | DIPLOMA IN FISHERIES | SEMUA TENTANG PERIKANAN

Cerpen : Air Yang Dicincang Takkan Putus