Semester 4 | Tak Busy Sangat, Tak Lapang Sangat

Assalamualaikum and hi peeps!

It's good to be back, writing in this old blog.

Seems this blog bukan lagi berupa catatan merapu semata, maka aku nak upgrade sikit blog ni kepada ''riwayat hidup budak perikanan umt'. So disini aku akan cerita semua benda yang terjadi semasa aku masih bergelar pelajar perikanan di umt. So that, mana-mana student yang mungkin akan dapat offer ke umt terutamanya dalam bidang perikanan, mereka akan terlebih dahulu mendapat gambaran bagaimana alkisahnya hidup mereka nanti. 

Disclaimer: Setiap manusia mempunyai pengalaman hidup yang berbeza

Lain batch, lain matlamatnya. 

Okay, straight to the point. 

Oleh kerana pada semester 4, subjek yang wajib hanya berjumlah enam jam kredit maka berpusu-pusu laa semua anak-anak ikan mendaftar subjek elektif seberapa banyak dan ada yang berjaya menghabiskan elektif pada semester 4. 



Haaa yang dia tulis taraf YW tu lah subjek wajib, tak ambik tak lepas takleh grad!. 
Overall, subjek semester 4 adalah yang paling terbaik (dpt dean list utk sem 4 hikhikhik)
Subjek yang paling best sekali of course lah Ikan dan Perikanan sbb ada part jalan-jalan makan angin. HAHAHA. For me, Ikan Perikanan is a simple subject. Ibarat belajar  benda yang akan dipelajari 
secara lebih mendalam. 


Nahh gambar sepintas lalu Fieldtrip Ikan dan Perikanan ke Tasik Kenyir (Sanctuary Kelah)










 Okay settle hal Kenyir. Kita move to the next topic. 


Nampak gambar apa kat atas tu? Ya, buku namanya. Penghujung semester 4 biasanya musim anak-anak ikan berpusu-pusu memenuhi segenap penjuru ruangan pejabat pensyarah. Objektifnya adalah untuk mencari dan cop SV aka Supervisor untuk FYP aka Final Year Project. Since aku tak berapa minat bidang2 tujahan pensyarah lain (ada Fish Biology, Parasitology, Virology, Bacteriology, Fish Genetics, Microbiology. Biotechnology, Fish Taxonomy, Fish Physiology, Benthic Ecology, Food Chemistry, Molecular Ecology, Fisheries Technology, and so on) dan minat aku terarah hanya satu iaitu Fisheries Post Harvest (kau jangan suruh aku explain tu apa cukuplah kau tahu dalam bahasa melayu kita panggil Lepas Tuai Perikanan). So, fisheries processing, safety and quality semua termasuk la dlm bidang post harvest tu. Oleh kerana nak tackle hati pensyarah untuk jadi kita punya SV, haruslah penuh ilmu di dada. Tapi tulaa, baca buku banyak mana pon tetap rasa tak berapa pandai. 

Oh ya, before I proceed, Fisheries is not a lame okay! Penat-penat je aku senaraikan bidang-bidang dalam perikanan kat perenggan atas tu. Sapa kata Perikanan takdak masa depan, kita pakat ramai-ramai ikat dia dekat pokok ada kerengga. Perikanan adalah antara program tertua di UMT yang sebelumnya dikenali sebagai KUSTEM yang sebelumnya dikenali sebagai KUT yang sebelumnya dikenali sebagai UPMT. Perikanan wujud sejak zaman UPMT lagi. 






Okaylah penat dah aku merapu. Next entry aku cerita pasal semester 5 pulak. 

Comments

Popular posts from this blog

New Life in Kolej MARA Kulim

UMT | DIPLOMA IN FISHERIES | SEMUA TENTANG PERIKANAN

Cerpen : Air Yang Dicincang Takkan Putus