Semester 5 | Mencabar Mental dan Fizikal

Assalamualaikum and hai gais!

Hari ini seperti yang dijanjikan, aku akan cerita pasal semester 5 pulak. Perlu diingtakan lagi sekali, pengalaman kita mungkin berbeza kerana batch aku antara batch yang teristimewa di UMT. kenapa istimewa? Bab kenapa istimewa tu rasanya perlu diceritakan di perenggan lain. Ayuh kita...

Kenapa istimewa? kerana batch kami adalah batch pertama yang merasai sistem LULUS/GAGAL. Maknanya, kau belajar satu subjek tu bagai nak rak selama satu semester, at the end kat slip keputusan peperiksaan hanya LULUS/GAGAL yang dinyatakan. Tapi tu hanyalah untuk subjek Teras Universiti dan Elektif Universiti sahaja. Namun, bermula semester 3 sistem kembali kepada yang asal dimana semua subjek dikira gred dan mata nilaian. Selain itu, batch kami boleh dikatakan istimewa juga kerana batch kami adalah batch yang terakhir menggunakan 'UK' untuk nombor matrik pelajar. Batch selepas itu start dengan 'S'. Oleh itu korang kalo terbaca entri lama aku dan ada aku post skema program. kalo korang nampak skema program aku pelik contohnya, subjek yang sepatutnya korang ambik masa semester 4, batch aku dah ambik masa semester 1, janganlah pulak korang pergi mengadu kat pejabar fakulti suruh bukak tawaran subjek sekian-sekian untuk korang ambik juga sem 1. jangan begitu dik. Sebab tu aku cakap, batch aku batch istimewa. 

Okay dah, ayuh ke topik utama.. 


Okay, semester 5 can be rated as title above. Sebab kau tengok tiga jam kredit teratas tu. subjek 4 jam kredit adalah suatu subjek yang memerlukan konsentrasi yang tinggi sebab dia mampu drag pointer kau sama ada menjunam ke atas atau menjunam jatuh bangunan bagai nangka busuk. Tak perlu rasanya untuk aku cerita subjek sekian-sekian belajar apa sebab kalo betol kau nak tahu, kau pergi website http://fisha.umt.edu.my/ then, kau pergi kat academic then kau tekan Bachelor of Applied Science Fisheries, situ semua dia dah bagitau senarai kursus (subjek), sinopsis kursus dan semuanya. 



Dalam entri sebelumnya aku ada mention kan kau kena penuh ilmu didada untuk cari supervisor yang kau berkenan untuk supervise kau punya FYP kan? So, gambar gambar kat atas tu proposal fyp aku yang dah siap dan dah disubmit dan dapat A. Alaah, fyp1 which is proposal writing is a piece of cake jelah. Sambil makan kepci pizza mekdi pon boleh buat. Yang susah sikit fyp2 la (yang ni kita cerita dalam entri seterusnya). Korang mesti pelik kan baca aku punya tajuk fyp pendek je. Okay, aku punya fyp tema dia survey bukan labwork. Biasanya tajuk budak-budak labwork yang panjang berjela-jela biasanya. Eh tapi team fyp aku lagi empat orang pon buat labwork tapi tajuk diorang pendek macam aku jgk. HAHA. 



Yang ini pulak nama dia sejenis journal. Actually ini lab report tapi lecturer suruh buat dalam bentuk journal so thats it! Ini lab report untuk Ekologi Akuatik. 




Ini kat jalan biawak UMT. waktu ni tengah sampling untuk ekologi akuatik tu lah. 


Ini dekat Jeti Pulau Kambing. Tengah intebiu pakcik bot untuk assignment Perancangan dan Penilaian Projek (one of the killer subjects)





Ini dekat depan INOS. Atas jambatan untuk ke pantai tapi malangnya pantai dah takde dek hakisan teruk. Waktu ni jugak tengah sampling untuk ekologi akuatik



This is Sekayu Waterfall! Datang Sekayu untuk sampling juga untuk ekologi akuatik. Haaaa nampak tak subjek ekologi akuatik tu best??






Yang ni pulak group lab untuk Kesihatan Organisma Akuatik. Subjek ni best sebab boleh discover macam-macam parasites dalam ikan, belut, ketam and so on. 


Antara parasite yang dijumpai


Comel kan? 


Kat dalam gambar kat tasa walaupun nampak macamtu tapi ada blood parasite tau! Korang cari la sendiri. tips: Trypanosoma








Korang tengok gambar-gambar aku share dalam blog ni macam happy je takde pon yang mencabar mental dan fizikal kan? Macam ni la senang kata, benda pahit yang dah lepas jangan dikenang kembali kelak menikam kalbu. cehh. 

Okaylah, next time ada masa free sikit aku tulis entri berkenaan semester 6 pulak. 

Comments

Popular posts from this blog

UMT | DIPLOMA IN FISHERIES | SEMUA TENTANG PERIKANAN

Buku Baru dan Cabaran Baru

Bestnya study kat UMT